Monday 25 January 2016

18 Tanda-tanda Badan di Jangkiti Cacing dan Cara Mencegah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Eqin doakan semoga semua pembaca yang singgab ke entey eqin nih diberkati dan dirahmati Allah swt.

18 Tanda-tanda Badan di Jangkiti Cacing dan Cara Mencegah





Eqin nak kongsikan tentang isu yang sangat popular sekarang iaitu tentang cacing. Dan eqin akan kongsikan bagaimana cara nak mengesan cacing dalam badan kita dan merawatnya.


Apa itu Jangkitan Parasit atau Jangkitan Cacing?


Jangkitan parasit atau cacing adalah sangat biasa, lebih daripada yang anda fikirkan dan boleh samada menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius ataupun tidak kepada kita. Kita boleh mengalami pelbagai jenis komplikasi ini, bergantung kepada saiz parasit atau sama ada mereka berada di dalam atau di luar badan.


Terdapat microparasites seperti malaria yang hanya boleh dilihat di bawah mikroskop atau macroparasites besar, seperti cacing usus berbentuk bulat atau rata  (cacing gelang, cacing pita, dan lain-lain) yang boleh mencapai saiz yang agak besar. Parasit tidak hanya terdapat di dalam usus, seperti yang biasanya kita berfikir, tetapi boleh berada di mana-mana sahaja di dalam badan: paru-paru, hati, otot, perut, di dalam otak, darah, kulit dan juga di mata.


Pernah tak alami situasi macam ni?


Rasa ada benda bergerak-gerak di dubur dan bila di cek dubur didapati banyak sangat cacing terjoget-joget nak lepaskan diri dari lubang dubur anda. Eeeee hihi geli kan. Gatal merenyam pun ya jugak kan.


18 Tanda-tanda Badan di Jangkiti Cacing dan Cara Mencegah dan merawat jangkitan cacing dan parasit


Kebanyakan kes terjadi di kalangan kanak-kanak yang mana boleh mula kesan tabiat mereka bila mula menggaru punggung mereka. Jika anak anda ada ta iat begini ianya anda awal kehadiran cacing di dalam badan anak anda.

Siapa yang boleh dapat jangkitan cacing 


Cacing hidup dalam badan semua manusia. kanak-kanak atau anda yang dewasa yang rendah sistem imunisasi dan kebersihan yang tak dijaga.

Jangkitan cacing juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit dari haiwan peliharaan anda seperti kucing atau anjing dan lain-lain binatang peliharaan.

18 Tanda-tanda anda ada jangkitan cacing :


Pelbagai jenis cacing dan sisa toksik yang dihasilkan oleh parasit dalam badan kita yang boleh menyebabkan masalah-masalah yang meluas seperti berikut:

1) Cirit-birit yang kronik atau cirit-birit yang disebabkan oleh kelemahan penyerapan zat makanan

2) Sembelit kronik

3) Gas dan kembung perut (Penting selepas makan)

4) Masalah penghadaman

5) Buang air besar yang berlebihan (pergerakan usus selepas makan)

6) Sakit perut.

7) Lendir dalam najis

8) Usus bocor (leaky gut)

9) Kerap muntah dan loya

10) Buasir

11) Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis.

12) Gatal dubur.

13) Anemia - kurang darah kerana ada cacing yang hisap darah anda.

14) Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam

15) Tiada selera makan, pucat.

16) Kurang berat badan walaupun selera makan ada

17) Menggeserkan gigi ketika tidur malam

18) Batuk teruk berpanjangan, batuk berdarah, asthma sbb cacing di paru- paru.

Cara nak mengesan jangkitan cacing atau parasit



Jangkitan cacing ni mula berlaku daripada pencemaran tanah yang tercemar dengan telur cacing. Telur ni mencemarkan tanaman dan tangan anda. Tangan dan makanan yang tidak dibersihkan menyebabkan telur cacing dimakan dan larva menetas dalam usus anda.

Cara mencegah Jangkitan Cacing


18 Tanda-tanda Badan di Jangkiti Cacing dan Cara Mencegah dan merawat jangkitan cacing dan parasit


* Amalkan kebersihan diri dan rumah - cuci tangan sebelum dan selepas makan.

* Cuci tangan selepas keluar tandas. Ingat basuh tangan sebelum mkn. Amalkan juga amalan ini bersama anak-anak anda.

* Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda.

* Pakai kasut bila keluar rumah sbb ada cacing blh masuk menerusi kulit anda.

* Basuh sayur-sayuran dan buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah.

* Makan ubat cacing setiap 6 bulan.

* Wanita mengandung dan bayi bawah 1 tahun dilarang makan ubat cacing !

* Ubat cacing diambil setiap 6 bulan selepas anak 1thn 6 bln.


18 Tanda-tanda Badan di Jangkiti Cacing dan Cara Mencegah dan merawat jangkitan cacing dan parasit


Cacing bukan dalam usus saja. Tapi boleh merayap ke - mata, hati, paru-paru, hati dan salur darah.


Kesan buruk akibat jangkitan cacing !!!!


😢 Perut tersumbat dengan kehadiran cacing.

😢 Tak boleh berak.

😢 Muntah tak henti.

😢 Perut kembung.Operate buangkan cacing tu.

😢 Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan anda batuk serta lelah.

😢 Cacing yg banyak pd usus besar dan rektum boleh akibat usus terkeluar dr lubang dubur.

😢 Ada cacing hisap darah kita macam  dracula dan menyebabkan kita kekurangan darah atau anemia. Anemia ganggu tumbesaran kanak-kanak & kegagalan jantung.

Jgn pandang acuh tak acuh..Bahaya tak cacing ni ??


Cara merawat Jangkitan Cacing.



✔ Makan buah tomato mentah

✔ Makan atau minum bawang putih samada makan mentah, atau bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.

✔ Minum air kelapa.

✔ Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.

✔ Nenas muda diparut, diperah. Tambah madu atau sirup gula batu.

✔ Amalkan makan buah betik masak dan boleh juga buat jus betik kisar bersama bijinya.

18 Tanda-tanda Badan di Jangkiti Cacing dan Cara Mencegah dan merawat jangkitan cacing dan parasit


Jangan buat tak endah pada jangkitan dan kehadiran cacing ni ya.

Dari seekor baby cacing boleh membawa kepada 1000 penyakit.

Terima kasih sudi membaca entry eqin kalini sama-sama kita nyahkan cacing dari badan kita dan amalkan cara hidup yang sihat.


Dapatkan konsultasi produk shaklee secara percuma insyaAllah terbaik dari eqin

PM | Facebook : Fitriyatul Asyiqin
LIKE | Page : MamaKhalish Shoppe
CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 017-5553865
BLOG : mamakhalishshoppe.blogspot.com
EMAIL : mamakhalishshoppe@gmail.com

COD : kawasan sekitar IPOH ( Kolej vokasional Lebuh Cator, cawangan shaklee Ipoh, Hospital Ipoh, Ipoh Parade,Jusco Ipoh, Meru, Manjoi)


No comments:

Post a Comment