Thursday 7 January 2016

Tips Tetapkan Azam Tahun Baru

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera...

Selamat Tahun Baru 2016...

Eqin doakan semoga semua pembaca yang singgah ke entry eqin nih di berkati dan dirahmati Allah swt...

Alhamdulillah eqin masih lagi aktif dengan bisnes yang paling eqin sayang nih.

Bisnes shaklee... insyaAllah semoa Allah tetapkan hati eqin istiqomah dengan apa yang eqin dah usahakan.

Dan masih aktif buka booth di sekitar ipoh,perak bersama-sama team Ipoh Car Boot Sale.

Korang nak dapatkan produk shaklee jangan segan-segan direct call eqin atau wasep eqin ya.

Masuk je tahun baru semua excited dengan azam baru kan?

Contoh azam yang korang boleh ikut

IBADAH

✔ Solat sunat Dhuha setiap pagi
✔ Solat taubat dan witir sebelum tidur
✔ Selawat 100 kali setiap pagi dan petang
✔ Istighfar 100 kali setiap pagi dan petang
✔ Puasa sunat pada hari yang disunatkan
✔ Bangun solat malam Tahajud seminggu 3x
✔ Membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sekali sehari
✔ Sentiasa bermuhasabah.

KESIHATAN

✔ Berjalan kaki 1000 langkah setiap pagi atau petang
✔ Makan nasi tengah hari dan malam sepinggan sahaja dan tidak bertambah.
✔ Tidur jam 10 malam setiap hari dan bangun jam 4pagi.
✔ Makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari
✔ Minum air suam 8 gelas 1 hari
✔ Konsisten makan supplement shaklee hari-hari.

ILMU

✔ Membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap bulan.
✔ Mengikuti kuliah agama sekurang-kurangnya 1kali seminggu di surau atau masjid. Jika tak mampu dengar melalui internet.
✔ Kerap bertemu dengan kawan yang berilmu
✔ Mengurangkan media sosial yang tidak berfaedah (sembang kosong) dan sebagainya.
✔ Membaca tafsir Al-Quran,kitab hadis dan sirah Nabi
✔ Menghadirkan diri ke ceramah-ceramah kesihatan ataupun parenting.

EKONOMI

Simpan RM50 sebulan atau lebih banyak mengikut kemampuan
✔ Tidak mudah terpengaruh dengan jualan murah
✔ Membeli hanya keperluan dan bukan kehendak
✔ Menabung untuk bercuti
✔ Bersedeqah

InsyaAllah apa pun azam korang tahun baru nih lakukan dengan bersungguh-sungguh dan tetapkan di hati sematkan yang bukan tahun berganti je kena perbaiki azam. Hari-hari kena azam baru untuk lebih baik dari hari semalam.

Akhir kata, semoga tahun 2016 ini kita lebih maju diri menghadapi era ekonomi negara yang semakin mencabar ni.

Jumpa next entry pula.



Dapatkan konsultasi secara percuma insyaAllah terbaik dari eqin

PM | Facebook : https://www.facebook.com/fitriyatulasyiqin.mohdrudin
LIKE | Page : https://www.facebook.com/mamakhalishshoppe
CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 017-5553865
BLOG : mamakhalishshoppe.blogspot.com
EMAIL : mamakhalishshoppe@gmail.com

COD : kawasan sekitar IPOH ( KV Lebuh Cator, Hospital Ipoh, Ipoh Parade,Jusco Ipoh, Meru, Manjoi)








No comments:

Post a Comment