Monday 1 February 2016

Apa Nak Buat Bila Anak di Serang Demam Sawan Tarik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Apa nak buat bila anak kena demam sawan tarik ni?

Sebelum itu sedikit info tentang sawan ni.


Apakah SAWAN?

Sawan adalah akibat dari ledakan elektrik di otak di luar kawalan yang mengakibatkan


  • Kekejangan otot
  • Mata terbeliak
  • Mulut berbuih
  • Kancing gigi
  • Menggigil
  • Tidak sedarkan diri dan lain-lain
Apakah SAWAN DEMAM?

Sawan demam ialah keadaan di mana ;

  • Sawan yang berlaku apabila suhu melebihi 38°C
  • Kebiasaannya berlaku pada hari pertama atau kedua demam
  • Lingkungan umur antara 6 bulan hingga 6 tahun

Apakah penyebab SAWAN DEMAM?

Demam terlalu tinggi . Kebanyakan berpunca daripada  ;

  • Jangkitan bahagian atas saluran pernafasan
  • Atau jangkitan telinga (otitis media) dan lain -lain
Bolehkah SAWAN DEMAM berulang?

Ya 30% sawan demam boleh berulang.


Apa harus anda lakukan jika terjadi SAWAN ini terhadap anak anda?

Ketika Demam

  • Lakukan mandi jerlum 
  • Tanggalkan pakaian ,pakaikan baju yang nipis sahaja
  • Berikan ubat paracetamol sebagaimana yang diarahkan oleh doktor perubatan.
  • Galakkan minum banyak air.
  • Pasangkan kipas atau memberi peredaran udara yang baik.
Ketika Sawan

  • Anda harus bertenang
  • Mengiringi anak anda ke kiri dan ke kanan
  • Jauhkan barang-barang merbahaya di sekitarnya
  • Jangan letak apa-apa di dalam mulut
  • Jangan tinggalkan anak sendirian
  • Sekiranya serangan sawan berpanjangan (iaitu melebihi 15 minit ),sila bawa anak ke Klinik Kesihatan berhampiran

No comments:

Post a Comment