Friday 12 August 2016

Kepentingan Suplemen Untuk Tubuh Badan dan Bila Badan Perlukan Suplemen

Assalamualaikum salam ceria buat semua pembaca.

Dengan lambakan suplemen yang ada di Malaysia kita harini eqin nak kongsikan kepada semua Apa Kepentingan Supplemen Untuk Tubuh Badan kita dan bila badan perlukan suplemen nih.

Tubuh badan yang sihat,cergas dan bebas daripada pelbagai jenis penyakit adalah antara nikmat kehidupan. Bagi memperoleh kesihatan yang baik,tubuh badan memerlukan nutrisi yang cukup dan ia boleh didapati daripada makanan yang diambil setiap hari. Begitu juga dengan amalan gaya hidup yang sihat.

Namun begitu, ada kalanya tubuh badan kita memerlukan nutrisi ekstra dan pengambilan suplemen boleh memenuhi khasiat yang diperlukan. Walaupun begitu, kita tidak boleh mengambil suplemen sembarangan kerana seandainya tubuh tidak memerlukannya,ianya tidak memberikan sebarang manfaat.

Di sini perlunya anda bijak mengambil suplemen agar ianya memberi kebaikan kepada tubuh,selain mengelakkan pembaziran.

Dengan kandungan nutrisi yang terdapat dalam suplemen, ia memberi banyak kebaikan kepada tubuh. Antaranya:

  • MENINGKATKAN METABOLISME TUBUH BADAN

Gangguan terhadap metabolisme tubuh badan akan memberi kesan kepada penyerapan makanan yang kemudiannya akan menurunkan kadar nutrisi yang diterima oleh tubuh. 
Mengambil suplemen dalam kadar yang mencukupi boleh meningkatkan kadar metabolisme hinggakan tubuh dapat bekerja secara optimum dan menyerap nutrisi yang diperlukan.

  • PENTING UNTUK 'VEGETARIAN'
Bagi mereka yang mengamalkan 'vegetarian' pastinya kekurangan zat yang dibekalkan oleh makanan seperti daging dan sebagainya. Mereka telah kekurangan sumber protein,vitamin dan mineral, sedangkan ianya penting terhadap tubuh. Dengan pengambilan suplemen,ianya sangat membantu memberikan manfaat kepada tubuh dan akan menjalankan peranannya dengan berkesan.

  • MENINGKATKAN DAYA TAHAN TUBUH
Suplemen seperti vitamin C sangat berkesan untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Ianya dapat meningkatkan ketahanan badan,sekaligus sebagai antioksidan yang membantu mengatasi kerosakan ke atas otot.

  • SUPLEMEN KHAS UNTUK WANITA
Terdapat 3 jenis suplemen yang sangat penting dan berguna untuk wanita iaitu ZAT BESI, ASID FOLIK dan juga VITAMIN D. Terutamanya bagi wanita hamil. 

Zat besi diperlukan untuk membantu pembentukan sel darah merah dan sangat berkesan untuk mencegah anemia.

Asid folik sangat diperlukan untuk mengurangkan risiko kecacatan pada bayi.

Vitamin D penting untuk mencegah osteoporosis.





No comments:

Post a Comment