Thursday 25 May 2017

8 Tips Mendidik Dan Melatih Anak-anak Berpuasa

Alhamdulillah sehari lagi InsyaAllah kita akan bertemu Ramadhan 1438Hijrah.

Ibu-ibu yang ada anak kecil lingkungan usia 4 hingga 7 tahun rata-rata yang baru pertama kali nak melatih anak-anak berpuasa mesti tercari-cari apa tips terbaik untuk mendidik dan anak-anak ini berpuasa.


8 Tips Mendidik Dan Melatih Anak-anak Berpuasa


Mendidik anak-anak untuk berpuasa adalah menjadi kewajipan kepada kedua ibu bapa . Umur yang sesuai juga bagi setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Ada kanak-kanak yang mampu seawal usia 4 atau 5tahun dan ada yang tidak. Sekiranya tidak mampu pada usia yang awal,maka ajarlah mereka ketika berusia 7 tahun kerana terdapat sebuah hadis yang memerintahkan agar menyuruh anak-anak agar bersolat ketika berusia 7tahun. Sebahagian ulama berpendapat ibadah yang lain juga boleh dianjurkan tatkala sampai usia 7tahun.

Kak Eqin kongsikan 8 Tips Mendidik Dan Melatih Anak-anak Berpuasa

1.
Ibu bapa perlu berikan penerangan yang santai berkenaan puasa dan kebaikan orang yang berpuasa. Wujudkan perasaan untungnya berpuasa dalam hati anak-anak.

2. Bantu mereka untuk berpuasa dengan memastikan mereka bersahur pada awal pagi. Hidangan untuk bersahur juga hendaklah dapat memberikan tenaga dan kekuatan buat mereka untuk berpuasa. Ibu dan bapa seharusnya tidak bersikap "makan sahaja apa yang ada".

3.  Berikan pujian kepada anak-anak yang mampu berpuasa walaupun tidak sepenuhnya. Elakkan memarahi dan merendahkan mereka. Sebaliknya,berikan galakan dan dorongan yang lebih kepada mereka.

4. Jangan menunjukkan apa-apa makanan yang membuka selera di hadapan mereka. Melihat makanan akan melemahkan keazaman anak-anak yang baru belajar berpuasa untuk menyempurnakan puasa.

5. Wujudkan suasana berlumba-lumba memperbanyakkan puasa dikalangan anak-anak.

6. Berikan ganjaran kepada anak-anak yang mampu berpuasa secara sempurna. Contohnya,berikan makanan yang mereka inginkan untuk juadah berbuka puasa.

7. Sekiranya anak anda sudah tidak mampu meneruskan puasa,janganlah memaksa dan memarahinya. Paksaan akan memburukkan keadaan.

8. Nasihatkan mereka agar mengurangkan aktviti-aktiviti bermain yang meletihkan badan. Ibu bapa juga sewajarnya menyusun aktiviti yang berfaedah untuk anak-anak agar fokus kepada letih dan lapar tidak ada.

Allah swt juga berfirman didalam surah Al-Baqarah ayat ke-286 yang bermaksud, "Allah tidak memberatkan seseorang melainkan dengan kemampuannya". Selain itu, tidak memaksa anak-anak untuk menghabiskan seharian berpuasa adalah salah satu kaedah atau tips mendidik anak-anak berpuasa dengan jujur.

Ini kerana paksaan akan membuatkan mereka terarah untuk bersifat khianat dengan berbuka secara sembunyi. Hal ini sangat buruk untuk perkembangan anak-anak.

Ini berbeza dengan golongan yang sudah baligh dan mampu berpuasa. Sekiranya mereka berpuasa beberapa jam sahaja lantas berbuka,maka ianya menjadi satu dosa.

Semoga 8 Tips Mendidik Dan Melatih Anak-anak Berpuasa ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu dan bapa sahabat kak eqin semua.

Salam Ramadhan Kareem 1438H.

Jika ingin berikhtiar untuk bersahur cergas bertenaga semasa puasa boleh cuba Set Berpuasa Shaklee ni.

Ianya sesuai diambil seisi keluarga.

8 Tips Mendidik Dan Melatih Anak-anak Berpuasa



Okeh nak beli vitamin shaklee boleh roger kak eqin ya.

Dapatkan produk shaklee & konsultasi secara percuma insyaAllah terbaik dari eqin

PM | Facebook : Fitriyatul Asyiqin
LIKE | Page : MamaKhalish Shoppe
CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 017-5553865
BLOG : mamakhalishshoppe.blogspot.com
EMAIL : mamakhalishshoppe@gmail.com

PENGEDAR SHAKLEE BATU PAHAT COD : kawasan sekitar BATU PAHAT( Parit Raja,UTHM Universiti Tun Hussein Onn, Sri Gading, Pura Kencana, Air Hitam, Kluang ) PENGEDAR SHAKLEE IPOH COD ( KV Lebuh Cator, Hospital Ipoh, Ipoh Parade,Jusco Ipoh, Meru, Manjoi)

Pengedar Shaklee Parit Raja
Pengedar Shaklee Batu Pahat 
Pengedar Shaklee Ipoh 
Pengedar Shaklee Kulim 
Pengedar Shaklee Langkawi 
Pengedar Shaklee Melaka 
Pengedar Shaklee Cheras 
Pengedar Shaklee Bangi 
Pengedar Shaklee Nilai 
Pengedar Shaklee Pekan 
Pengedar Shaklee Kuantan 







No comments:

Post a Comment