Friday, 16 March 2018

TESTIMONI KULIT MUKA JADI LEBIH SIHAT, JERAWAT HILANG DAN MASALAH USUS HILANG SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE

[KULIT MUKA JADI LEBIH SIHAT, JERAWAT HILANG DAN MASALAH USUS HILANG SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE]
.

Assalamualaikum W.B.T.
 
Saya Siti Suhaida Binti Ismail, berusia 27 tahun dan berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Saya bekerja sebagai Retail Executive di sebuah syarikat swasta. 
.

Masa belajar dulu kulit saya tiada masalah tetapi  berkulit gelap, cemburu melihat model iklan di televisyen yang memakai produk kulit putih seawal 3 hari, saya terus teruja. Saya tekad membeli dan mencubanya. Memang benar kesannya sangat cepat.  
Muka menjadi licin dan menipis, kulit saya tidak tahan panas. Tetapi apabila saya berhenti memakai produk tersebut akibat kekurangan wang, muka saya menjadi semakin teruk, jerawat besar-besar  tumbuh silih berganti  menyebabkan saya menjadi semakin stress.
.

Saya juga  mempunyai masalah dengan sistem penghadaman yang kurang baik. Mungkin  kerana tidak menjaga pemakanan seharian saya yang kebanyakan nya memang tidak sihat. Jadual makan saya memang tidak teratur, dan saya suka minuman berkafein sebagai usaha untuk stay up belajar pada waktu malam.
.

Saya penggemar tegar Nescafe dan kadang2 satu sachet tidak cukup kuat bagi saya. Kehidupan sebagai pelajar saya anggap normal jika makan Maggi dan Nescafe, akibat terlalu sibuk dengan belajar saya biarkan saja masalah itu sampai lah satu ketika saya disyaki mengalami masalah dalam usus kerana berlaku pendarahan ketika membuang  tetapi  tidak sakit. 
.

Perut saya menjadi sangat sensitive dengan makanan yang saya makan, saya tidak boleh makan pedas walaupun sedikit dan sembelit yang teruk. Mungkin terlalu stress dengan keadaan diri, hormone saya menjadi tak stabil, jerawat semakin naik penuh dimuka dan period saya menjadi tidak stabil.
.

Saya mula ikhtiar ingin mencuba Shaklee dengan  mengambil ESP, dan Vitamin C secara konsisten  namun jerawat masih tidak berhenti naik dan mula menambah B-Complex, Gla dan Alfalfa untuk menstabilkan hormone dan merawat masalah jerawat saya..
.

Alhamdulillah masalah jerawat saya dah berkurang, period dah okay dan sekarang saya langsung tiada masalah usus lagi.  
Bagi adik-adik di luar sana, saya sarankan tidak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen kerana tiada produk yang mampu member kesan  seawal 3 hari melainkan produk tersebuk mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi.

Bagi mereka  yang mempunyai masalah jerawat yang serius, rawat lah dari dalaman dahulu dan cari skincare yang berasaskan dari bahan semujadi. Inilah Shaklee Effect saya.  




Testimoni Set Berpantang Shaklee

TESTIMONI 014 : DR. NAJIHAH ABDUL MUTALIB

Assalamulaikum. Saya nak kongsikan kisah benar saya menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee. 

Saya sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.

.

Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini) 

.

Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya. 

.

Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.

.

Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut. 

.

Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambal dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.

.

Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Coplex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan. 

.

Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!

.

Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan. 

.

Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.
.

Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan. 

.

Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda!


Testimoni Sakit Tapak Kaki Sembuh Dengan Mengamalkan Ostematrix Shaklee


Assalamualaikum, 

Saya Nor Hawana Mohd Tahir, berusia 33 tahun. Kisah Saya bermula dengan OSTEMATRIX Shaklee. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta..dah cinta terus tangkap sayang. 
.

Begitulah ibaratnya kisah Saya bersama Shaklee. Hanya membaca testimoni seorang Doktor yang mengamalkan OSTEMATRIX Shaklee untuk masalah sendi, hati terus terpaut.
.

Sebenarnya Saya mengalami masalah tapak kaki yang boleh dikatakan kronik juga semasa berpantang anak kedua. Setiap kali bangun pagi, mesti sakit terincut-incut bila nak berjalan pijak lantai. Saya beranggapan mungkin kesan daripada proses berpantang anak kedua. 
.

Kekurangan kalsium barangkali. Jujurnya sewaktu proses kehamilan anak kedua Saya memang culas minum susu. Situasi ini berulang hampir setiap hari. Secara tak langsung ia sangat mengganggu aktiviti harian Saya. Apa yang boleh Saya gambarkan saat itu ialah seperti berjalan diatas bara api.  
.

Saya sebenarnya cukup takut nak mencuba sebarangan supplemen ni. Tapi disebabkan tapak kaki yang terlalu sakit dan hasil kajian Saya ke atas setiap testimoni yang SID kongsikan di facebook  dan google… akhirnya Saya tawakkal beranikan berjumpa dengan senior Sekolah menengah Saya iaitu Puan Hartini Badri seorang SID berjaya. 
.

Tanpa fikir panjang saya terus jadi ahli dengan membeli OSTEMATRIX dan MEAL SHAKES. Ketika itu Mealshakes ada promosi jadi saya belikan untuk anak sulong yang mengalami masalah berat badan dan kurang selera makan.
.

Alhamdulillah, berkat konsisten pengambilan OSTEMATRIX selama dua bulan..tapak kaki Saya dah tak sakit lagi. Saya dapat bangun tidur dengan gembira tanpa risau untuk memijak lantai. Syukur sangat!!sehingga ke hari ini, kalau tertinggal nak telan OSTEMATRIX pun kaki Saya takkan rasa sakit yang berlarutan. Benarlah bagai dikata, vitamin bukan ubat...sebaliknya ia adalah pelengkap nutrisi seharian.
.

Sedikit demi sedikit makin bertambah produk Shaklee yang Saya cuba antaranya ESP dan Vitamin C 500mg. Bukan sahaja Saya yang mendapat kesan terbaik dari pengambilan supplimen Shaklee, tetapi anak kedua Saya yang berusia 2 tahun 8 bulan pun turut terkena tempias vitamin yang Saya ambil melalui susu badan. 
.

Berat badannya akan naik setiap kali temujanji di Klinik. Graf BMI pun cantik kalau nak dibandingkan dengan kakaknya dahulu. Dan yang paling ketara warna kulitnya semakin cerah berbeza sewaktu kelahirannya. Syukur sangat.
.

Terima kasih Allah, Terima kasih Shaklee.

Benda baik tak elok didiamkan, jadi buat korang yang mengalami situasi macam Saya, masih tercari-cari produk apa nak makan, produk apa nak amal..Nah Korang patut cuba vitamin dari Shaklee. Serius…kesannya sangat luar biasa. Cuba tau.. Sekian..

I Love Shaklee :)


Testimoni Stroke Sembuh Dengan Mengamalkan Vivix Shaklee



Assalammualaikum..

Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.
.

Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.
.

Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.
.

1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku. 

Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.
.

4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..

1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga...
2- boleh mengingat tapi cepat lupa..
3- masalah pertuturan..
.

Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.
.

Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.
.

Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun...saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.
.

Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.

I love Shaklee...

(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.

Sila like dan share cerita saya ni supaya dapat membantu pada mereka yang mengalami masalah yang sama. 



TESTIMONI SAKIT TUMIT KAKI, KEJANG KAKI DAN LENGUH-LENGUH BADAN BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE



[SAKIT TUMIT KAKI, KEJANG KAKI DAN LENGUH-LENGUH BADAN BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]
.




Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum W.B.T

Hai semua, saya Zainah Mukhtar. Kali ni saya nak share pengalaman saya sendiri yang dah mengamalkan supplemen Shaklee sejak tahun 2014 . Supplemen pertama yang buat saya jatuh cinta dengan produk Shaklee adalah Ostematrix. Ostematrix ini adalah supplemen kalsium.
.

Saya makan Ostematrix untuk masalah sakit tumit kaki dan lenguh-lenguh badan. Buat pengetahuan semua, sebelum aktif buat bisnes Shaklee, saya memang aktif mengambil tempahan kek dan kuih muih dari rumah atau istilah sekarang dipanggil homebakers la.
.

Aktiviti membuat kuih muih ni memerlukan saya banyak berdiri dan berjaga malam serta menggunakan kudrat yang lebih. Adakala masa banyak mendapat tempahan saya akan mula risau sangat sebab ianya memerlukan saya berdiri lebih lama dan menggunakan kudrat yang lebih! Tidur pun tak cukup...mula la stress sampai boleh menangis.
.

Sakit tumit dan lengguh-lengguh badan ambil masa berhari untuk hilang. Keadaan ini membuatkan saya menjadi stress dan  lemah seluruh badan. Suami pun stress sekali sebab saya jadi badmood bila tak sihat...hehee. Akhirnya banyak tempahan terpaksa saya tolak sebab keadaan badan yang tak sihat dan juga kerana saya tiada pembantu, semua saya buat sendiri.
.

Dipendekkan cerita saya mencuba Ostematrix. Selepas saya lihat banyak sekali testimoni yang dah dikongsikan oleh pengguna shaklee.
.

Saya cuba dan alhamdulillah saya amat terkejut dengan kesan yang saya boleh rasakan dengan cepat sekali. Makan sebelum tidur dan esok pagi dah boleh rasa kesannya. Malah bantu untuk melawaskan juga..best sangat tau.
.

Wow...saya sangat gembira sebab saya dapat tidur yang lena tanpa ada kena  kejang kaki lagi tengah malam.
Lengguh-lengguh badan pun hilang dan rasa lebih ringan. Sakit-sakit pinggang pun dah takde. Suka la suami saya sebab dia dah tak perlu bangun tengah malam untuk urut badan dan kaki saya yang selalu kekejangan  ni..hehe
.

Saya juga mengambil Garlic Complex Shaklee untuk kesan yang lebih wow atau lebih baik. Saya diberitahu Garlic Complex sangat baik untuk membantu membuang angin dalam badan serta dapat bantu mengawal kolestrol selain berfungsi sebagai antibiotik semulajadi.
.

Ternyata pilihan saya untuk mencuba Ostematrix dan Garlic Complex tidak sia-sia.Saya dapat rasakan keberkesanannya dan menjadi pilihan saya juga sebab ianya dijamin SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI.
.

Saya hanya berikhtiar dengan suplemen Shaklee,penyembuhan adalah hanya dengan  izin Allah jua. 
.

Saya tahu kat luar sana ramai yang ada masalah seperti saya, terutamanya kaum wanita. Jadi jangan tunggu lagi, jom cubalah amalkan Ostematrix dan Garlic Complex Shaklee  ni ya. Tak rugi mencuba...percayalah!

Terima kasih Shaklee untuk produk yang sangat awesome ni.

Sunday, 1 October 2017

Tips Dan Cara Penyakit Hyperthyroid Sembuh Dan Berat Badan Semakin Bertambah


Apa itu Hyperthyroid?

Hyperthyroid ialah gejala Hyperthyroidism, keadaan dimana kelenjar thyroid menghasilkan terlalu banyak hormon thyroid, keadaaan ini dipanggil "overactive thyroid".


Symptom biasa dan tanda-tanda Hyperthyroid

Palpitations - berdebar-debar

Heat intolerance - intoleransi haba (kejap sejuk kejap panas kot)

Nervousness - cepat rase gemuruh, memang selalu tertekanInsomnia - susah tidur

Breathlessness - susah nak bernafas

Increased bowel movements - pergerakan usus meningkat

Light or absent menstrual periods - kitaran haid yang tak normal

Fatigue - keletihan, cepat letihFast heart rate - denyutan jantung laju, macam lepas bersukan

Trembling hands - tangan mengeletar

Weight loss - berat badan menurun, kurus ibarat kene cacing

Muscle weakness - otot jadi lemah, macam tengah kerja kuat

Warm moist skin - kulit lembab yang suam2 suhunya

Hair loss - rambut gugur

Staring gaze - merenung pandangannya.

Ikuti perkongsian Encik Mohamad Isa berkongsi tentang masalah Hyperthyroid yang dihadapi isterinya sembuh dengan ikhtiar Set Hyperthyroid Shaklee.


[HYPERTHYROID SEMAKIN PULIH DAN BERAT BADAN ISTERI KEMBALI NORMAL DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE]
.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Mohamad Isa Bin Shafii merupakan seorang suami kepada seorang isteri yang comel dan baru mendapat cahaya mata pertama pada bulan September 2016. Saya mula kenal Shaklee pada awal tahun 2016 untuk ikhtiar hamil. Alhamdulillah sebulan selepas ikhtiar saya dikurniakan zuriat. Selepas itu terus amalkan fullset berpantang Shaklee semasa wife bersalin dan terus menjadi sebahagian dari ahli Shaklee. 
.

Mula dari situ saya yakin dengan Shaklee dan akan terus berkongsi kebaikan yang ada pada Shaklee untuk orang ramai. Bagi saya,  Sihat itu nikmat yang tak ternilai dari Allah. Duit boleh dicari tapi sihat tak boleh dicari di pasar malam. Oleh itu, kali ni saya nak kongsikan pengalaman sebenar saya dan isteri semasa amalkan suplimen Shaklee dan ini dan sembuh dari tiroid .
.

Pada 4 bulan lepas, masa anak saya Harraz dah berumur 7 bulan. Saya seperti biasa akan membawanya ke klinik untuk check up. Selepas settle semua hal Harraz. Saya minta wife cekkan berat badannya. 





Sangat terkejut bila beratnya sangat turun dengan mendadak sampai masa tu dah jadi 30kg beratnya. Allahu, sungguh kurus! Sebelum tu hampir 40kg.
.

Masa tu saya tak peduli sangat pasal berat badan sebab time tu Harraz memang menyusu dada sepenuhnya. Lagi pun memandangkan wife saya seorang yang kecik molek comel cute gitu dan masa tu juga wife amalkan pil perancang keluarga. Mungkin sebab tu kot wife saya jadi kurus. Jadi saya acuh tak acuh tentang penurunan berat. 
.

Lama selepas tu, wife dah mula jadi selalu menggigil dan berdebar dengan kuat bila lewat makan. Tekanan darah memang cepat naik. Jantung pula pam terlalu laju. Time tu memang risau sangat sangat. 
.

Dan ada satu masa wife saya tiba tiba pengsan dan terus di bawa ke klinik bahagian kecemasan untuk pemeriksaan. Selepas siap pemeriksaan barulah saya tahu yang wife dah hidap TIROID. Tiroid ni ada 2 jenis, wife saya kena yang HYPERTIROID. Hypertiroid ni masalah hormon yang berlebihan dan terlalu aktif.
.

Lepas je dapat tahu, terus google dan tanya kawan kawan macam mana nak stabilkan hormon untuk kembali normal tiroid tu.Semua cadangkan untuk amalkan Set Hypertiroid Shaklee. Dan saya terus belikan suplimen Shaklee iaitu Vivix, Esp, B complex, Ostematrix dan Vitamin C. Wife amalkan set ni sehingga sebulan dan pada masa yang sama ubat tiroid yang dibekalkan oleh klinik juga di amalkan. 
.

Selepas sebulan wife datang ke klinik untuk pemeriksaan susulan lagi dan alhamdulillah hormon tiroid kembali normal. Syukur sangat time tu tapi bengkak goiter pada leher masih tak surut. Ah sudah, saya pulak yang gelabah. 
.

Saya terus tanya kawan yang lain dan mereka cadangkan tambah Omega Guard untuk mengurangkan bengkak goiter dan keradangan yang berlaku pada tiroid tu. 
.

Dan check up bulan ke 2 pun masih dapat result yang sama, hormon sudah tak ada masalah cuma bengkak masih lagi tak surut dan berat wife juga makin menurun dah jadi 28kg. Disebabkan hormon tiroid dah kembali normal, dos untuk tiroid juga dikurangkan. 
.

Haa sudah, makin risau pula saya. Buntu pula saya dibuatnya. Time tu terus saya teringat pada seorang sideline dan juga doktor. Terus saya hubungi dia dan tanya cara untuk hilangkan bengkak goister tu. Pada masa tu saya ada inform dia yang wife ada ambil pil perancang untuk elak dari pregnant sebab risau bila pregnant akan menjejaskan baby dalam kandungan pula. Bila dia tahu yang wife ada ambil pil perancang terus dia suruh STOP! sebab sebenarnya pil tu yang telah ganggu hormon tiroid. 
.

Masa tu jugaklah saya sorokkan pil tu dan tak bagi wife makan lagi. Pada masa tu juga saya belikan GLA untuk wife supaya hormonnya kembali stabil. So wife amalkan fullset hypertiroid Shaklee ni. 
.

Dalam masa sebulan wife amalkan set ni serta tak pernah skip ubat klinik dan juga tanpa pil perancang. Alhamdulillah berat wife naik semula sebanyak 5KG dan bengkak terus hilang! Syukur sangat sangat. Sekarang pun berat semakin naik. Makan pula semakin selera. Tekanan darah dah normal dan rasa berdebar dan menggigil juga semakin hilang! Time raya haritu cek lagi beratnya, naik lagi 2KG. 😁
.

Saya bersyukur sangat bila melihat wife semakin sihat. Pipi pun dah semakin bambam hehehe. Harap dapat terus naik beratnya sampai bmi yang normal. Aminn. 
.

So,  ini lah #shakleeeffect dari wife saya. Jangan lupa amalkan Suplimen Shaklee untuk lebih sihat . Yakin dengan Shaklee yang sentiasa SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI. Terima Kasih 😉


Berminat nak cuba Set Atasi Hyperthyroid ini?

Roger kak eqin ya.

Dapatkan produk shaklee & konsultasi secara percuma insyaAllah terbaik dari eqin

PM | Facebook : Fitriyatul Asyiqin
LIKE | Page : MamaKhalish Shoppe
CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 017-5553865
BLOG : mamakhalishshoppe.blogspot.com
EMAIL : mamakhalishshoppe@gmail.com





PENGEDAR SHAKLEE BATU PAHAT COD : kawasan sekitar BATU PAHAT( Parit Raja,UTHM Universiti Tun Hussein Onn, Sri Gading, Pura Kencana, Air Hitam, Kluang ) PENGEDAR SHAKLEE IPOH COD ( KV Lebuh Cator, Hospital Ipoh, Ipoh Parade,Jusco Ipoh, Meru, Manjoi) Pengedar Shaklee Parit Raja Pengedar Shaklee Batu Pahat Pengedar Shaklee Ipoh Pengedar Shaklee Kulim Pengedar Shaklee Langkawi Pengedar Shaklee Melaka Pengedar Shaklee Cheras Pengedar Shaklee Bangi Pengedar Shaklee Nilai Pengedar Shaklee Pekan Pengedar Shaklee Kuantan Pengedar Shaklee Kuala Terengganu

Tuesday, 22 August 2017

Muzium coklat? Kat mana tu?

Assalamualaikum selamat sejahtera buat semua pembaca blog kak eqin nih.

Minggu depan cuti sekolah dah nak mula. Korang plan bawa anak bercuti ke mana selain pulang ke kampung untuk sambutan raja haji terus? Mana tau ada plan nak ke mana-mana ke kan.

Kak Eqin nak kongsikan cerita pengalaman bawa adam khalish bercuti ke Muzium coklat. Menariknya dengar muzium coklat kan.



Alhamdulillah papa adam airis nih cuti awal seminggu dari sekolah biasa.

Kebetulan pulak kami nak attend event di shah alam,papa dah busy tak senang duduk mikirkan apa aktiviti yang boleh diselitkan buat hero kesayangannya adam khalish nih.

Mula-mula survey nak bawa pergi kidzania. Mama pun teruja tau. Tapi kesian ke adiklah tak sesuai nak berlama-lama jalan sakan sangat memandangkan adik pun sangat fragile lagi sekarang. Survey pusat sains negara still under construction. Survey pulak muzium negara. Hmm mama pulak rasa macam tak sesuai bawak abang adam gi situ lagi. Hihi.

Survey punya survey maka kami pun jumplah muzium coklat nih.

Tempatnya di kota damansara.

Harga Tiket

Percuma

Waktu Operasi

Setiap Hari : 10pg – 5ptg

Ni antara gambar-gambar sepanjang kami dalam muzium coklat nih.

Tempatnya takdelah besar mana tak lah macam petrosains tu dekat 2jam gaklah dapat explore macam-macam. Ni sekejap sangat perjalanannya hehe. Ala-ala melawat kilang coklat je gitu.



Kalau nak rasa lebih mencabar pengembaraan yang lagi best boleh bawa anak-anak melawat petrosains kak eqin pernah bawa adam khalish dulu kak eqin kongsikan di sini. Klik sini.


                        

Nih gambar masa nak keluar. Nampak tak kat tangan dah jinjit bag isi barang tu. Nak tau barang apa nya tunggu last entry nih.haha



Tak tahulah kenapa mama yang paling excited nak bergambor dengan mrs cow nih hihi. Yang abang adam masuk je muzium dah excited tanya itu dan ini. Dan penjawab tegarnya ofkos papanya hehe.

Dah jom layan gambar lagi.





Hoooo besar gak buah koko nih kan. #Fakta1



Kalau zaman sekarang nih guna pakai fakta nih yang last sekali tu je hehe. #Fakta2



#Fakta3  kalau buat zaman sekarang nih sakanlah obesity semua haha.










Banyak rupanya khasiat coklat nih hehe.

Korang yang nak pergi melawat muzium coklat nih bawa anak masa cuti persekolahan akan datang nih boleh follow dan like page official muzium coklat nih.





Kalau korang datang dalam pukul 12 tengahari dapatlah join sesi live pembuatan coklat tau. Kak eqin haritu sampai dekat jugak pukul 12 memang ngam sangat boleh join sekali live pembuatan coklat.












Lepas je demonstrasi buat coklat tu selesai dapatlah kami merasa makan coklat yang dibuat disitu.

Lepas tu berkunjung pula ke galeri pusat jualan coklat macam-macam jenis coklat ada. Takyah gi langkawi dah rasa hehe.






Abang adam khalish bukannya beli coklat haha tapi beli color pencil upin ipin.




Sebenarnya muzium coklat nih kak eqin pergi sehari selepas selesai event group shaklee under master kak eqin iaitu group paling pro aktif Supermom.





Kak Eqin sejak bersalinkan airis khalisha haritu ambil tempoh bertenang kejap berehat. Tapi business berjalan je macam biasa cuma untuk kak eqin gerak aktif join group master buat event nih memang nak lepaskan airis besar. Lebih kuat skit kan .

Excited dah lama tak gather dengan upline super upline dan sideline2 rasa seronok dan happy dapat serap aura diorang yang hebat nih.


Kak Eqin bersama Mentor kak eqin founder Supermom group iaitu Master Hadhatina Mkb. Bertuah sangat kak eqin berada under group supermom nih. Sebabnya macam-macam aktiviti yang menarik dan yang bestnya sangat membantu upkan momentum kak eqin dalam bisnes kesayangan kak eqin nih.

Alhamdulillah berkesempatan jugaklah kak eqin join Supermom Refreshing Seminar nih. Semoga kekal bersemangat dan aktif hendaknya . Makin semangat bila join group aktif dikelilingi insan-insan yang hebat dan positif je semuanya.



Bersama group kesayangan under super upline kak eqin iaitu Master Ummi Mai md saupi. Leader penuh kasih sayang. Walau tak berapa sihat tetap hadir kuat sungguh semangat leader kami nih.



Inilah upline kesayangan kak eqin iaitu Mama Farah Qurratun. Beliaulah yang kenalkan kak eqin dengan shaklee nih. Usai sahaja event kak eqin pun bersantai dengan mama farah sekeluarga. Sebab suami-suami kami best friend sejak zaman uni hinggalah sekarang. Alhamdulillah rindu bertaut kembali. Serap2 aura hebat mama nih sampai master pun kak eqin tetap bangga menjadi anak kepada mama farah. Insan yang semangatnya tak pernah luntur ada sahaja idea mama farah nih . Hebat orangnya.

Ilmu yang dapat alhamdulillah dapat share bersama dengan family Shaklee yang lain especially buat anak cucu SAF (ShakleeAwesomeFighters) under kak eqin.

Dan hari yang sama jugak kak eqin ambil hadiah sempena contest sharekan testimoni di Supermom shaklee story musim ke 3 yang
mana kak eqin menangi tempat ketiga.




Kalau nak follow apa testimoni kak eqin kongsikan tu boleh baca disini.

Kak Eqin juga sempat jugaklah bertemu cucu SAF iaitu kak salwa supermom yang super aktif nih.



Alhamdulillah mission accomplished syukur Allah mudahkan semuanya.

Korang yang berminat nak tambah baik kewangan korang especially surirumah ,yang menganggur atau student boleh join group kak eqin.




Kenapa *BISNES SHAKLEE DENGAN GROUP Shaklee Awesome Fighters (SAF) * best??? 

1. KAK EQIN AKAN AJAR ANDA BUAT MARKETING

Anda hanya perlu buat saja. Jika anda rajin ikut apa yang diajar, anda akan nampak hasil yang ohsem setiap hari. Yang penting ICU = ikut cakap upline.

2. MARKETING SECARA ONLINE

Tidak perlu keluar rumah untuk promote barang dan menjual. Kalau ada order dari customer terus pos dari website.

3. PULANGAN TUNAI BERGANDA 

✅ untung runcit (12%-25%)
✅ bonus bulanan (up to 21%) 4. BONUS BERGANDA
✅ bonus dari jualan
✅ bonus kereta

5. FREE VVIP TRIP & UMRAH 6 BINTANG

Sudahlah semuanya ditanggung, boleh  bawa pasangan, ibu, bapa, anak2, adik-beradik, wow sangat!

Berminat? 

Roger kak eqin ya.

Dapatkan produk shaklee & konsultasi secara percuma insyaAllah terbaik dari eqin

PM | Facebook : Fitriyatul Asyiqin
LIKE | Page : MamaKhalish Shoppe
CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 017-5553865
BLOG : mamakhalishshoppe.blogspot.com


EMAIL : mamakhalishshoppe@gmail.com

PENGEDAR SHAKLEE BATU PAHAT COD : kawasan sekitar BATU PAHAT( Parit Raja,UTHM Universiti Tun Hussein Onn, Sri Gading, Pura Kencana, Air Hitam, Kluang ) PENGEDAR SHAKLEE IPOH COD ( KV Lebuh Cator, Hospital Ipoh, Ipoh Parade,Jusco Ipoh, Meru, Manjoi) Pengedar Shaklee Parit Raja Pengedar Shaklee Batu Pahat Pengedar Shaklee Ipoh Pengedar Shaklee Kulim Pengedar Shaklee Langkawi Pengedar Shaklee Melaka Pengedar Shaklee Cheras Pengedar Shaklee Bangi Pengedar Shaklee Nilai Pengedar Shaklee Pekan Pengedar Shaklee Kuantan Pengedar Shaklee Kuala Terengganu