Sunday 4 September 2016

Cara Menghadapi Kemungkinan Anak Hilang Atau Sesat Di Tempat Awam

Assalamualaikum salam sejahtera semua.

Ke mana korang selalu pergi hujung minggu ya? Dah tentulah bawa anak dan keluarga ke kompleks membeli belah yang menjadi tumpuan orang awam kan.
Kita sebagai ibu bapa kadang tak sedar bahaya yang menanti tanpa diduga, anak dalam pimpinan tangan kita hilang ditempat awam. Jadi eqin nak kongsikan beberapa cara menghadapi kemungkinan anak hilang atau sesat di tempat awam.


Kisah kanak-kanak hilang kerap sangat berlaku kebelakangan ni. Sebagai langkah berjaga-jaga, ajar anak apa yang dia perlu lakukan jika tersesat dan hilang ditempat awam. 

Keberanian anak dalam lingkungan 4tahun ke atas dan  terujanya diorang bila kita bawa ke tempat baru contohnya memang agak merisaukan kita sebagai ibubapa. Apatah lagi tempat yang kita pergi sangat baru dan masih asing dan jarang kita pergi yang mana kita tak biasa dengan selok belok keadaan tempat tu.

Jadi sebab itulah pentingnya dari sekarang kita mempersiapkan diri mereka dengan mengajar beberapa cara menghadapi kemungkinan anak hilang atau sesat dan tidak panik bila hadapi situasi ni.

Cara 1

Ajar anak untuk mengetahui nama mama dan papa nya. Kebiasaannya anak 4tahun ke atas sudah mengetahui nama penuh kedua ibubapanya. Jadi jika berlaku apa-apa mereka boleh memberitahu siapa nama anda kepada pihak berkuasa.

Cara 2

Tentukan 1 tempat sebagai penanda untuk anak jika terlepas daripada pegangan anda semasa membeli belah. Contohnya,jika ke sebuah pasar raya pilih 1 kedai sebagai tempat pertemuan anda berdua. Kalau Aiman terlepas dari mama,jangan pergi tempat lain tapi pergi ke kedai ni sebab mama akan datang sini.

Cara 3 

Sentiasa ingatkan anak agar tidak sekali-kali mengikut orang yang tidak dikenali jika hilang atau sesat kecuali pengawal keselamatan yang berunifrom.
 Sebelum tu pastikan kita dah biasakan anak mengenali 


No comments:

Post a Comment