Friday 11 November 2016

Kisah Disebalik Kemenangan Juara Supermom Covergirl Musim Pertama




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Sejahtera Semua.

Satu masa dulu eqin pernah join kelas blog bersama pakar blog terkenal. Eqin dah aim dan target nak buat special entry nih kalau eqin betul-betul jadi Juara Supermom Covergirl Musim Pertama nih.

                  Kisah Disebalik Kemenangan Juara Supermom Covergirl Musim Pertama, Pengedar Shaklee Ipoh, Set Hamil Shaklee, Set Menyusu Shaklee, Set kurus.
 
Kisah Disebalik Kemenangan Juara Supermom Covergirl Musim Pertama, Pengedar Shaklee Ipoh, Set Hamil Shaklee, Set Menyusu Shaklee, Set kurus.


Dan Alhamdulillah keputusan dan pun keluar selasa lepas iaitu bersamaan 8 November yang mana hari yang sama 2 berita besar yang kami terima. Suami dapat transfer balik mengajar di Johor dan Eqin dinobatkan sebagai Juara Supermom Covergirl Musim Pertama.

Sujud syukur ke hadrat ilahi Allah swt Yang Maha Pemberi Rezeki.

Allah hadiahkan sesuai ikut daya usaha kita sesuai waktunya.

Begitu juga ujian yang Allah berikan pada setiap hambaNya. Ianya sebagai 1 jalan yang mana bonus pada eqin setiap ujian yang datang nih eqin anggap pasti ada hikmah indah disebaliknya.

Alhamdulillah terima kasih eqin dan suami tumpang rezeki anak-anak nih.

Semua ni takkan terjadi tanpa restu redha dan sokongan kuat dari Suami Tercinta.

Eqin cerita kan serba ringkas kronologi disebalik contest Supermom Covergirl ni.

Bermula dari awal pertandingan lagi yang mana eqin merupakan antara 7 peserta awal bagi batch 1 membuat photoshoot di Supermom Club House ofis di Shah Alam.

Semangat nak pergi sertai contest nih suami izinkan eqin pulang awal ke rumah family di seri kembangan. Alhamdulillah perjalanan bersama adam khalish anak sulung eqin dimudahkan dari Ipoh ke Seri Kembangan naik ets je senang. Masa nih belum jadi makyong lagi. Hehe.

Selesai photoshoot pada hari kejadian iaitu pada bulan April 2016 yang lepas digabungkan bersama 7 orang peserta lain untuk supermom covergirl nih menjadikan total semua peserta 14 orang Supermom hebat bertanding merebut gelaran Supermom covergirl musim pertama.

                    Kisah Disebalik Kemenangan Juara Supermom Covergirl Musim Pertama, Pengedar Shaklee Ipoh, Set Hamil Shaklee, Set Menyusu Shaklee, Set kurus.

                    Kisah Disebalik Kemenangan Juara Supermom Covergirl Musim Pertama, Pengedar Shaklee Ipoh, Set Hamil Shaklee, Set Menyusu Shaklee, Set kurus.

Kisah Disebalik Kemenangan Juara Supermom Covergirl Musim Pertama, Pengedar Shaklee Ipoh, Set Hamil Shaklee, Set Menyusu Shaklee, Set kurus.
7 PESERTA 1ST BATCH CONTEST
             

Kisah Disebalik Kemenangan Juara Supermom Covergirl Musim Pertama, Pengedar Shaklee Ipoh, Set Hamil Shaklee, Set Menyusu Shaklee, Set kurus.
8 PESERTA 2ND BATCH CONTEST
                   

Selesai photoshoot semua 14 peserta Supermom covergirl nih kami diberikan tugasan lagi untuk buat video spontan kongsikan testimoni live kami tentang set2 vitamin shaklee kegemaran kami yang beri shaklee effect kepada kami masing-masing.




Dan Supermom Staff Team sangat2 komited siapkan video2 kami yang mana kami diberikan pula tugasan untuk kumpul like terbanyak untuk dipilih antara 7 Finalist yang layak ke Grand Finale Supermom Covergirl.

Alhamdulillah eqin berjaya dapat Naib Juara pusingan Separuh Akhir dan layak ke Grand Finale Supermom Covergirl . Yang bestnya top 3 kami sapu habis semuanya Family Oms yang penaungnya Mentor penuh kasih sayang buat kami Family OMS ummi Maisarah Md Saupi dinobatkan Juara pusingan separuh akhir supermom covergirl dan tempat ketiga Mentor Kesayangan eqin yang mana beliau juga merupakan Super Upline eqin merangkap nenek shakleeku Hartini Badri.


                 Kisah Disebalik Kemenangan Juara Supermom Covergirl Musim Pertama, Pengedar Shaklee Ipoh, Set Hamil Shaklee, Set Menyusu Shaklee, Set kurus.

Kisah Disebalik Kemenangan Juara Supermom Covergirl Musim Pertama, Pengedar Shaklee Ipoh, Set Hamil Shaklee, Set Menyusu Shaklee, Set kurus.
TERIMA KASIH ENCIK SUAMI SUPPORT JOIN BERSAMA
                       


Alhamdulillah tibalah hari dinantikan Grand Finale !

Kami 7 Finalist diberikan tugasan menyampaikan pidato mengikut tajuk berkaitan kesihatan dan peranan ibu dalam tangani isu kesihatan yang berkaitan.

Dan tajuk pidato yang eqin dapat adalah.

Jengjengjeng sesuai dengan keadaan diri sedang pregnant sekarang eqin dapat tajuk pidato Panduan Ibu Sihat,Ceria,Cergas dan Jelita Sepanjang Kehamilan.

Kisah Disebalik Kemenangan Juara Supermom Covergirl Musim Pertama, Pengedar Shaklee Ipoh, Set Hamil Shaklee, Set Menyusu Shaklee, Set kurus.
TAJUK PIDATO EQIN
                 

Kami 7 finalist dapat tajuk pidato nih beberapa sahaja lagi menjelang hari pertandingan.

Haha kalutlah makyong mengarang dan acah2 konon boleh hafal.

Dan tibalah hari kejadian dengan tajuk pidato masing2 .

Eqin konfiden level berapa tak tahu siap bawak text tau berpidato kwangkwang.

MMakanya kurang skit part meraih markah juri tu.

Oh ya pemarkahan memilih juara nih di buat berdasarkan jumlah markah 50% markah juri dan 50% like online.

Alhamdulillah selesai tugasan pidato yang mana sebenarnya last2 minit eqin ingat nak tarik diri dah dari pertandingan akhir ni disebabkan beberapa ujian getir sikit bab transport. Kereta kami alami masalah skit yang mana telan belanja dekat rm1k jugaklah. Banyak jugaklah kisah air mata yang tak dapat nak diceritakan disini yang agak peribadi juga hihi eqin katakan disini Allah dah siap2 bagi ujian ni pada eqin nak eqin sedaya upaya usaha cari jalan terbaik untuk sertai juga ataupun eqin berputus asa. Dan berkat sokongan sepenuhnya dari suami tercinta suami positifkan eqin. Takpe sayang mana tau mama Juara kan. Menang cash lagi nih. Mulalah eqin pun duk BerRCA aka berangan2 eqin Juara Supermom Covergirl nih. Makanya kami redah juga dan positif. Sesuai tagline supermom kan Positif Dan Tahan Lasak , Ceria Hadapi Cabaran dan Tiada Alasan Untuk Berjaya !!!

Dan perjalanan kami pepagi hari dari Ipoh ke Supermom Club House seawal 6pagi eqin bersiap2 di rnr tanjung malim. Katanya peserta kena make up sendiri. Makyong membawa tajuk kekal jelita takkan nak pergi tak ceria kan hehe. Sebenarnya memang lain benor pregnant kalini nak banding masa adam khalish dulu. Eqin ceria sokmo pastu nak nampak cantik je selalu.

Dan selesailah tugasan pada hari kejadian tapi ianya tidak berakhir pada hari tersebut.

Kami diberikan masa seminggu untuk berusaha sebaik mungkin kutip undian like terbanyak mengikut video pidato masing-masing.

Tempoh 7 hari diberikan sangatlah mendebarkan.

Dan eqin mulakan strategi eqin untuk mula promosikan video eqin di macam2 group iklan di FB dan seawal bangun pagi dah mula promote2 ke group2 dan juga pm kawan2 dan tag nama kawan2 tak kira kenal ke tak asalkan friendlist FB.

Sampai kena block takleh nak komen takleh nak balas pm kat messenger jugak ada customer yang tanyakan set2 vitamin shaklee nih.

Debar tak debar proses kutip like nih pun ambil masa time closing jugak tau. Hahahaha hilang fokus kejap nak closing bulan oktober haritu hihi.

Dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar walau rasa syok sendiri jek promote video sendiri kan hihi.

Sekalung penghargaan eqin nak ucapkan buat team Supermom Club House dan Staff mami Hadhatina dan dedi MKB buatkan pertandingan yang sangat best nih.

Taklupa eqin nak ucapkan terima kasih terutamanya Family OMS yang mana setiap pertandingan kutip2 like nih diorg memang beri sokongan penuh sama2 share,sama2 like,sama2 doa mendoakan. Subhanallah Sayang Family OMS kerana Allah Taala. Doa restu ummi Mai walau tak dapat join kami saat akhir pertandingan nih eqin dan mami tinie bawa bersama semangat ummi sepanjang pertandingan nih.

Dan taklupa juga buat seluruh family shaklee dari group I reach, supermom,osf,dcts,shakleestars,sgw dan saf yang bantu eqin sumbangkan like dan share video eqin diwall korang.

Juga buat seluruh keluarga eqin, sahabat2 dari zaman sekolah sehinggalah ke uthm yang sumbangkan like, family Kolej Vokasional Lebuh Cator,dan sahabat2 di FB eqin dan mereka yang bantu secara tidak langsung.

Dan alhamdulillah syukur eqin sendiri tak sangka yang eqin juara sebab markah juri tu dah memang eqin yakin agak ketinggalan jugak hehe.

Dan alhamdulillah syukur inilah antara hadiah2 yang eqin dapat.

Yang pada eqin nilainya lebih dari rm1k yang mana kami dah diuji awal-awal dulu.

                    Kisah Disebalik Kemenangan Juara Supermom Covergirl Musim Pertama, Pengedar Shaklee Ipoh, Set Hamil Shaklee, Set Menyusu Shaklee, Set kurus.

Terima kasih Allah,
Terima kasih Suamiku,
Terima kasih Supermom,
Terima kasih Semua.

Tahniah juga buat mami Tinie sayang menang Naib Juara contest nih. Dan terima kasih tak terhingga atas sokongan tak belah bagi buat anakmu nih turut serta dalam contest nih. Sayang mami kerana Allah swt.

Kisah Disebalik Kemenangan Juara Supermom Covergirl Musim Pertama, Pengedar Shaklee Ipoh, Set Hamil Shaklee, Set Menyusu Shaklee, Set kurus.
TAHNIAH MAMI TINIE KESAYANGAN SGW 

Dan tahniah juga buat semua peserta Supermom Covergirl .

Kita semua adalah pemenang tiada pengalah. Sebab kita diantara insan-insan hebat yang berani cabar diri buat sesuatu yang diluar kebiasaan. Tahniah team #mycovergirl dan terima kasih korang semua yang saling memberi inspirasi antara 1 sama lain. Sayang korang muahhhh !!!!

Eqin nak share yang mana eqin ada 1 prinsip dan eqin terapkan juga dalam legasi empayar Shaklee Awesome Fighters (SAF) iaitu Dimana ada kemahuan pasti disitu ada jalan.

Dan alhamdulillah setiap saat pahitnya diuji yakinlah dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan berlapang dada sentiasa positif terima setiap ujian yang kita lalui pasti ada hikmahnya hadiah sebuah kemanisan kejayaan. Alhamdulillah.

Terima kasih sudi baca hingga habis entry nih.

InsyaAllah kalau ada next contest lagi eqin join jangan jemu sedeqahkan like lagi ya.

Wallahu'alam .

Ikhlas dari,

Juara Supermom Covergirl Musim Pertama.

Fitriyatul Asyiqin


9 comments:

  1. Tahniah eqin.Supermom mana tahu erti mengalah...keep fighting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tq kakzai byk support eqin hari2 duk like n share..Supermom tiada alasan utk berjaya kan. :-*

      Delete
  2. Tahniah. Anda memang layak untuk menang. Kisah sedih disebalik setiap kejayaan itu menjadikan kita lebih bersyukur dengan nikmatNya. Semoga dilipatgandakan rezeki pada masa hadapan. Amin

    ReplyDelete
  3. Tahniah Eqin!! Ceria hadapi cabaran, itulah dia IKON SUPERMOM kita!! ������

    ReplyDelete
  4. Tahniah teman kuat semangat Angah :) U deserve it my dear Alhamdulillah lebih laju cecantik beauty queen kita lepas ni :) Moga cepat naik master tahun 2017 ;) Cikgu Latif pindah, babai Ipoh lah ye huhuhu

    ReplyDelete